Friday, December 9, 2011

new info - dyslexia

Apa itu Disleksia?

•Kanak-kanak Disleksia mempunyai masalah menguasai tugasan sekolah walaupun

mereka telah berusaha bersungguh-sungguh

oMempunyai keupayaan intelek yang normal

oTelah mendapat ransangan dan pembelajaran yang mencukupi

•Masalah asasnya adalah perbezaan cara otak berfungsi dalam menghubungkan simbol

visual dengan bunyi

•Mereka mungkin mengalami kesukaran

oMembaca

oMenulis

oMemahami

oMengeja

oMengira

•Dianggarkan 4 – 8 % pelajar sekolah yang bermasalah disleksia

•Kanak-kanak lelaki lebih ramai bermasalah Disleksia berbanding perempuan.

Apakah ciri-ciri Disleksia?

1. Diperingkat pra sekolah mereka mungkin :

oMengalami kesukaran sebutan atau rima

oSukar menulis nama sendiri

oPayah mengenal bentuk atau warna

oSukar memberitahu cerita yang telah didengarinya

2. Di alam persekolahan, kanak-kanak Disleksia mungkin :

oGagal menguasai tugasan sekolah seperti membaca, menulis, mengeja atau

mengira

oTidak suka membaca dan mengelak dari membaca di kelas

oKesilapan semasa membaca huruf, perkataan atau nombor (Bacaan terbalik) :

15 dengan 51

“was” menjadi “saw”

‘b’ dengan ‘d’‘

oKurang koordinasi seperti sukar mengikat tali kasut

oKeliru dengan konsep masa seperti ‘semalam’, ‘ hari ini’ , ‘esok’

oKesukaran memahami, mengingati dan mengikuti arahan

oSelalu tersalah letak atau hilang barang atau kerja sekolah

Adakah individu Disleksia mempunyai keistimewaan?

•Antara orang ternama yang juga mengalami Disleksia termasuklah ahli politik (Lee

Kuan Yew), pelakon (Whoopi Goldberg), artis (Leonardo da Vinci) dan saintis

(Albert Einstein)

•Ramai yang berdaya imaginasi tinggi, amat kreatif dan mampu berfikir dari pelbagai

sudut / dimensi

Masalah yang mungkin dialaminya

•Pembentukan imej diri yang sihat terjejas dan mengalami rasa rendah diri

•Jika tidak dikenalpasti dan dibantu diperingkat awal boleh menyebabkan

oGangguan emosi (seperti kemurungan)

oMasalah tingkahlaku (seperti melawan, kecelaruan tingkahlaku)

oRendah pencapaian akademik (menyebabkan keciciran sekolah)

Membantu anak-anak bermasalah Disleksia

Langkah-langkah untuk membantu mereka termasuklah :

1. Bantu kanak-kanak dan keluarga mengendali permasalahan ini dan bina keyakinan

diri anak

2. Rawat penyakit lain yang mungkin berkait seperti Gejala Hiperaktif dan Kurang Daya

Tumpuan

3. Pertingkatkan potensi pembelajaran anak melalui :

oLatihan pendengaran dengan bantuan komputer

oPendekatan pelbagai deria (Menggunakan deria lain untuk membantu

oBantu anak menguasai maklumat secara beransur ansur

oPengulangan semasa mengajar (konsep ajar berlebihan)

oGunakan video atau kaset untuk belajar

oAda sekolah yang mempunyai program pemulihan khusus untuk Disleksia

Kumpulan sokongan

Persatuan Dyslexia Malaysia

No 6, Persiaran Kuantan

Setapak

53200 Kuala Lumpur

Telefon / Fax : 03-40255109

Email : dyslexiaft@time.net.my


Antara faktor-faktor lain penyebab disklesia adalah pemakanan.

Berdasarkan beberapa penyelidikan, kajian dan penemuan , terdapat beberapa unsur penyedap makanan , bahan awet dan pewarna tiruan yang dipercayai serta dikenal pasti boleh menggangu otak jika diambil secara berlebiahn dalam tempoh yanglama. Gangguan terhadap otak ini terjadi bukan melalui reaksi imunologi, akan tetapi kesan pencemar atau racun yang terkandung di dalam bahan-bahan makanan.Antaranya ;

1. Salicylates

Ditemui dalam buah-buahan, sayur-sayuran , kacang, teh, kopi, bir dan anggur. Di dalam ubat-ubatan pula seperti aspirin , aspirherbs dan rempah-ratus. Kandungan bahan ini adalah tinggi dalam buah-buahan kering seperti kismis(sultanas)

2. Amines

Digunakan untuk proses pemecahan protein dan ditemui terkandung dalam keju, coklat , anggur, bir, tempe, sayur, pisang, avacado dan tomato

3. Benzoates

Ditemui dalam buah-buahan , sayur , kacang, anggur , koi, dan seumpamanya

4. Monosodium Glutamate (MSG)

Sering ditemui dalam penyedap makanan, iaitu perencah , kicap dan makanan seumpamanya

5. Laktose

Sering terdapat di dalam susu lembu

6. Glutamate

Banyak terdapat pada tomato, keju, cendawan, sos dan ekstrak daging.


1 comment:

Kak Mahh said...

Satu perkongsian maklumat yang baik.