Friday, August 26, 2011

salam aidilfitri





count down from today, cume tinggal 2 hari je lagi puasa... Cepatnye masa berlalu. Dah hampir sebulan berpuasa dan sekarang bahang aidilfitri dah makin membahang...

dan aku makin pening, semua lum belum buat & siap..
  • baju raya ibu & anak2 dah ambik tapi lum basuh... baju hubby masih lagi kat tailor. lagi parah kan.. of coz la lum basuh jugak. nasib baib shirt & jeans semua dah di beli. cume songkok abang aidil je belum beli. songkok adik pakai yang abang punye dulu...hehehe recycle je la dik ye... bby aishy tak yah pakai songkok la ye. tunggu besar sikit, nanti recycle yang abang punye gak.
  • biskut & kerepek lum lagi di pek2 mengikut destinasi... maklum la 3 rumah nak kena bagi2. balang biskut pun lum di basuh & lap lagi...
  • rumah masih lagi bersepah. dari bilik atas sampai la ke dapur, semunya masih belum di touch up lagi.. cadar lum di tukar, lantai lum lagi di mop, langsir pakai je la yang sama..baru lagi kan.., sarung kunsyen pun lum di tukar...
  • baju nak balik kampung lum di pek lagi..
  • duit angpow lum masuk sampul nye lagi...
  • rambut anak2 lum di kerjekan lagi oleh untie tukang gunting...
dan yang paling penting tudung raya aku pun lum di beli lagi niiiiii!!! mak tolong!!!

dan...

dan...

dan..

saat ni aku masih lagi di office...keje, keje dan keje....
masa ni lah aku rasa mcm terus je nak g cari maid...tolong..tolong....

di sempatan ini aku nak ucapkan:-
SELAMAT HARI RAYA, MAAF ZAHIR & BATIN PADA SEMUA YANG MENGENALI DIRI INI... MAAF SEKIRANYA ADA YANG TERKASAR BAHASA, TERSILAP PERI LAKU DAN YANG SEANGKATAN DENGANNYA..



Monday, August 22, 2011

Update aishy hafeey

Now he is 3 mth plus... and dah start nak pusing badan. Mungkin dah tiba masanya untuk dia meniarap. When he try to force badan to turn, of course ibu akan pantau.. Takut gak kan..

abang2 nye yang terlebih excited..."ibu, ibu..adik dah pandai pusing, cepat bu...tengok ni" hihihik. ibu kena paksa ngan abang tgk baby even ibu tengah masak pun. so kenalah penuh kan permintaan mereka kan. nanti merajuk lak.

bby with his panggilan manja e-ci...."e-ci, e-ci, cak"... baby senyum.. senyuman yang boleh mengubat penat ibu...senyuman yang boleh membuatkan ibu rindu giler bile kat office... bile dia start mongomel, semua bahasa dia keluar... "oooo....aaa..." semua ada... walau ibu tak paham, tapi ibu really happy & happy bile dengar bby borak. kekadang sampai 1 jam ibu layan bby cakap.. bile bby dah start merengek, cepat-cepat ibu pergi buat susu. lepas susu bby pasti akan tido.. then ibu boleh sambung buat keje.

how great naluri seorang ibu... this precious moment with u will not come again.. so ibu must grab it...


tibe-tibe rindu ibu pada che' datang mengundang... mcm mane keadaan che berpuasa kat kampung without arwah ayah. hope, she will be fine... nanti kami balik kg ye che'..

my luvly mum... love u so much!!




_________________________
I have added cool emoticons to this message.
To see them go to http://x.exps.me?25297ec1a21f3637880397d09109e254

_________________________
I have added cool emoticons to this message.
To see them go to http://x.exps.me?25297ec1a21f3637880397d09109e254

_________________________
I have added cool emoticons to this message.
To see them go to http://x.exps.me?25297ec1a21f3637880397d09109e254

Wednesday, August 17, 2011

my 3 heroes

A : Kenapa awak nampak mcm sedih je?
B : Ntah la, Saya pun tak tahu... Hati saya ni rasa mcm tak keruan je.

B menceritakan masalahnya kepada A dan antara nasihat A pada B :--->

A : Cuba Istighfar banyak-banyak dan ingat Allah sentiasa. Insya Allah awak akan tenang. Sembahyang sunat dan banyakkan membaca quran.
B : Insya Allah.

Keesokan hari B datang berjumpa dengan A

B : Terima Kasih A
A : Ish, untuk apa pulak awak berterima kasih dengan saya. Saya tak de buat ape-ape pun.
B : Awak dah mengingatkan saya semalam supaya sentiasa mengingati Nya.
A : Ooh, itu sedah menjadi tanggungjawab kite bersama untuk sama2 ingat-mengingati.

kesimpulannya :
  • Allah sentiasa bersama2 kita. Merintihlah padaNya. Merayulah padanya. Sesungguhnya Dia maha mendengar & Dia lah tempat untuk memohon.
  • Minta lah nasihat daripada orang2 yang sepatutnya. Nescaya nasihatnya walau sedikit tetapi amat bermakna.
  • Ingat - mengingati lah kite sesama manusia.

untuk anak-anak ibu, sentiasa kalian saling ingat-mengingati agar tidak akan berlaku penyesalan di kemudian hari...


Tuesday, August 9, 2011

Scrap book


Actually this was happen on last saturday, tapi terlupa nak bawak camera pergi office to dload picture.

Aku terpanggil untuk merakamkan gambar2 anak2 while dia orang doing scrap book. Terpancar kesungguhan & keriangan pada wajah mereka masa operasi tampal-menampal kat scrap book. Aku cube bagi pendedahan pada mereka untuk do something which is more interesting... Looks like mereka happy...


abang sedang memotong gambar2 mengikut kategori..

adik kusyuk memerhati abang yang sedang menampal

potong lagi dengan menggunakan pembaris...

touch up dengan menggunakan gunting...
abang ajar adik how to tampal...


now adik try himself to tampal...


abang sedang menulis tajuk setiap ketogori..

adik tengah tulis jugak...




ni lah hasilnya adik punye buku scrap...yang sadis nye abang punya buku scrap tak ambik gambar pulak...nanti malam ni ibu ambik ye & update here!


while bercerita tentang dua 2 abang tgh buat buku scrap, selitkan juga si baby dengan aksinye

Sunday, August 7, 2011

happy hour iftar w my sis...

dua ari berturut2 kakak dari mersing datang berbuka sama- sama. Ramai la sikit untuk berbuka dan bersahur...Sakan la kami menghabiskan makanan yang tersedia...Mmmmm, memang menyeronokkan...

Kami masak tomyam ayam + bendi untuk menu iftar hari sabtu...

saja je nak kongsi resepi...tak la pandai mane pun masak tapi ape kata orang " boleh la untuk makan sendiri satu keluarga"

  • Satu ekor ayam (basuh & toskan- tak perlu potong lagi, just inform kat tuan jual ayam suruh potong awal-awal ---kan keje senang tu)
  • bahan kisar, seperti dibawah ye ~~
  1. bawang merah 6 ulas, bawang putih 2 ulas, bawang besar 1 biji, (sila kupas kulit ye puan2 bawang tu semua, kalau tak beli je yang dah siap kupas..hahaha tu malas namanye)
  2. sedikit lengkuas
  3. sedikit halia (ni terpulang nak letak ke tak nak, tapi aku suka letak lebih2 supaya dapat buang angin yang tersimpan dalam badan tu)
  4. sedikit kunyit
  5. cili kering ( lagi banyak lagi kawww...untuk sesiapa yang suke pedas ye..)
  • air asam jawa
  • daun kesum
  • bendi

cara membuatnya:-

tumis bahan - bahan kisar sampai garing....mesti kena garing, kalau tak tak best atau maung...
dah garing, sila masuk kan ayam. biarkan selama lebih kurang 10 minit...biar kering air ayam tu...jangan lak sampai hangit...(mcm nenek marahkan cucu tak pandai masak lak kan)
masukkan air asam jawa dan biarkan sampai mendidih.
kemudian masuk kan bendi dan daun kesum.
ehhh lupa nak cakap...masukkan garam, gula dan serbuk perasa secukup rasa ye..

tarraaa....dah siap dan ni lah hasilnya...

Asam_pedas_ayam

hihihi...ni gambar hiasan je. download dr internet. Tapi rasa-rasanya yang kami buat lagi sedap kot...hahahaha..

p/s note: dulu masa2 awal belajar masak asam pedas ni, asyik nangis je kena complain ngan hubby...hehehe, tapi jgn putus asa..belajar & terus belajar...hubby jadi tester..dari tak sedap langsung, sekarang boleh la..(dengan nada rendah diri je (-_*)...

juga thanks a lot untuk kakak2 ipar yang banyak membantu mengajar masak asam pedas ni!

untuk hari ahad, kami masak mee hoon sup tulang. ni hubby punye kesukaan. lagi kami masak tom yam campur.. tapi untuk resepi, nanti next time ye...tak boleh kasi ilmu banyak2 sekaligus nanti tak boleh nak catch up kan...hikhikhik...

Thursday, August 4, 2011

Untuk renungan ibu dan anak2 ibu kelak!!

Betapa besarnya nilai wang kertas bernilai RM1 apabila dibawa ke masjid
untuk disedekahkan; tetapi betapa kecilnya kalau dibawa ke Mall untuk
dibelanjakan!

Betapa lamanya melayani Allah selama lima belas minit namun
betapa singkatnya kalau kita melihat filem.

betapa sulitnya untuk mencari kata-kata ketika berdoa (spontan) namun
betapa mudahnya kalau mengata atau mengumpat
tanpa harus berfikir panjang-panjang.

Betapa asyiknya apabila pertandingan bola dipanjangkan waktunya namun
kita mengeluh ketika khutbah di masjid lebih lama sedikit daripada
biasa.

Betapa sulitnya untuk membaca satu helai Al-qur'an tapi
betapa mudahnya membaca 100 halaman dari novel atau majalah yang laris.

Betapa beria-ia orang untuk duduk di depan dalam pertandingan atau
konsert namun
lebih senang berada di saf paling belakang ketika berada di Masjid

Betapa Mudahnya membuat 40 tahun dosa demi memuaskan nafsu berahi
semata, namun
alangkah sulitnya ketika menahan nafsu selama 30 hari ketika berpuasa.

Betapa sulitnya untuk menyediakan waktu untuk solat 5 waktu; namun
betapa mudahnya menyesuaikan waktu dalam sekejap pada
saat terakhir untuk event yang menyenangkan.

Betapa sulitnya untuk mempelajari erti yang terkandung di dalam al
qur'an; namun
betapa mudahnya untuk mengulang-ulangi gosip yang sama kepada orang
lain.

Betapa mudahnya kita mempercayai apa yang dikatakan oleh surat khabar
namun
betapa kita meragui apa yang dikatakan oleh Kitab Suci Al-Quran.
Betapa Takutnya kita apabila dipanggil Boss dan cepat-cepat menghadapnya
namun
betapa kita berani dan lamanya untuk menghadapNya saat kumandang azan
bergema.

Abang, adik & baby .... ni indirect nasihat yang patut kita ambil iktibar daripadanya...

Wednesday, August 3, 2011

Apabila Anak Sudah Pandai...

Apabila anak sudah pandai melihat, tunjukkan kepadanya kebesaran Allah tentang kejadian langit, bumi, manusia dan tumbuh-tumbuhan.

Apabila anak sudah pandai membaca, isikan mindanya dengan ayat-ayat suci al-Qur'an dan Sunnah serta ilmu agama.

Apabila anak sudah pandai mengira, ajarlah anak dengan nombor talian Allah 2 4 4 3 4, solat lima waktu sehari semalam.

Apabila anak sudah pandai mencari makan sendiri, didiklah anak dan ingatkannya agar mencari rezeki yang halal.

Dan, apabila kita sudah tiada, anak yang kita didik dan ajar selama ini akan mendoakan kita untuk bekalan perjalanan di hari akhirat.

Diolah dari SOLUSI No. 28


(di petik dari Fb note norhayati mohd redzuan)

nak ni!!




huuuhhh...impian ni...bile leh dapat ye... isk! isk!..



Monday, August 1, 2011

baby aishy

MUHAMMAD AISHY HAFEEY

memandangkan sekarang ni bulan puasa, so masa makan telah digantikan dengan berblog...jadi aku ade masa free lebih sikit dari biasa...

cerita tentang baby aishy.... rindunya kat si kenit tu walau tiap-tiap hari jumpa. tinggal untuk pergi kerja je menjadikan ibu seorang perindu...hahaha berpuitis pulak!


bby in the month of 3...

posing macam ni ok tak bu!

ni macam orang nak g swimming lak!

saya dah penat la bu!!! la baru nak exercise dah penat...

rehat jap la..penat tau!


dekat la sikit ambik pic...baru la nam
pak hidung saya ni!!

ni posing saya yang menawan!!


tengok atas jap, kot-kot ade yang berkenan!!


cak bu...saya senyum ni...cepat la ambik gambar..

cepat betul masa berlalu...aishy dah pandai senyum dan agak- mengagah...

masa ni baru 6 hari dilahirkan...beza kan muka dia...




ramadhan 2011

ramadhan datang lagi...Alhamdulillah masih lagi berkesempatan untuk berpuasa pada tahun ini... Masih lagi mampu menikmati bulan yang barakah ini...

satu ari sudah selesai tanpa banyak dugaan...hari ini hari kedua berpuasa.. harap2 Allah permudahakan puasa kite semua sampai ke hujung bulan...

hari pertama puasa, johor cuti, so ambik kesempatan la untuk bershopping baju raya...baju2 yang kena tempah ni kena awal sikit beli. Actually dah lambat pun beli. Tukang jahit pun dah tak nak ambik dah...nasib baik la yang buat baju kami adalah kakak ipar sendiri, jadi tak de masalah la...

comelkan budak2 pakai baju melayu....


ni mesin jahit zaman dolu- dolu...



yang ni dah up todate...

apa yang pasti walau secanggih mane mesin jahit pun, aku tetap gak tak pandai nak jahit...hehehee....jahit tangan boleh la sikit-sikit.. keinginan untuk belajar tu ada la, tapi lum berkesempatan. maklaum la ibu berkerjaya.... hehehe, tu semua alasan je kan...nak seribu daya tak nak seribu dalih...